17 April 2020
USAHAWAN KOSMETIK BERPAKAIAN WANITA MANA YANG EZANY LAPOR POLIS?
"Saya dah buat kewajipan sebagai Muslim. Saya pun dosa banyak. Sepatutnya kita berubah ke arah yang lebih baik. Sebelum Allah tanya saya di akhirat. Sebagai Muslim saya terpaksa bertindak kerana kamu makin melampau! Kamu berjaya dalam bisnes dan saya salute kerana kamu hebat.
"Tetapi apabila sampai kepada mempermainkan agama Islam. Kamu cabar Allah dan maaf kami terus buat. Ramai ustaz nasihat tapi kamu tidak peduli. Kamu angkuh, kamu ego. Moga pihak berkuasa dapat bertindak," demikian kongsi pelakon Ezany Nizariff yang membuat laporan polis terhadap seorang usahawan kosmetik yang yang banyak kali mencetuskan kontroversi dengan berpakaian wanita.
Tambahnya, laporan polis itu dibuat sebagai rasa tanggungjawab seorang Muslim kerana terkilan dengan aksi kurang sopan yang melibatkan agama.
Klik untuk gambar besar
"Membuat laporan ke atas lelaki berpakaian wanita, berbuah dada. Mencemarkan dan mempermainkan Agama Islam. Mencemar nama baik Yang Di Pertuan Agong Sebagai Ketua Agama Islam.
"Menimbulkan suasana tidak harmoni antara agama. Menghasut dan mempromosikan LGBT Extrim. Mohan Tindakan Dari #PDRM, #SKMM, #JAKIM, #MENTERIAGAMAISLAM. SEKIAN LAPORAN SAYA," tulis Ezany di media sosial miliknya.
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment