17 April 2020

"NAK KUTUK AKAK, SEBUT PAEJAH.. BUKAN ELAI" - FAEZAH TEGUR TAPI WAJAH BAPA DISAMAKAN YUSRY


Menerusi satu entri di laman Instagram, pelakon Faezah Elai telah memuatnaik gambar bapanya dan dalam masa sama tampil menegur tindakan netizen yang menggunakan nama bapanya iaitu Elai ketika meninggalkan komen negatif.





Faezah atau nama sebenarnya Noorfaezah Md Elai, 38, berkata dia menyedari ada netizen yang mengutuk dirinya namun individu tersebut menggunakan panggilan 'si Elai'. Menurut Faezah, dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang ingin mengecamnya namun tidak perlu melibatkan bapanya yang tiada kena mengena dengan hal tersebut.

"Nak habaq (beritahu) kat ampa, nama akak Noorfaezah dan Elai adalah nama bapa saya. Jadi, kalau ampa nak mengutuk akak, sebut Paejah saja la. Bukan Elai. Kesian pak akak tercekik ampa duk sebut nama dia... Sebab baru ini ada ternampak haters duk mengutuk akak tapi dia tulis si Elai. Nak kutuk akak itu lantak kat hang la.

Klik untuk gambar besar


"Cuma nak kutuk tu biarlah orang yang betul. Elai tak ada kena mengena dalam hal yang ampa tak puas hati sangat itu. Jadi, faham ya," kata isteri kepada pengarah terkenal Heykal Hanifah yang turut memuatnaik foto gambar bapanya kepada umum di Instagramnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menyamakan wajah bapa Faezah dengan anggota kumpulan KRU dan suami kepada pelakon Lisa Surihani iaitu Yusry Abdul Halim ketika zaman muda: "Aku ingatkan tadi Yusry KRU zaman budak. - "Ingatkan Yusry KRU punya gambar throwback. - "Pasai apa hang muat naik gambar Yusry KRU ini. Marah Lisa Surihani nanti," komen beberapa orang netizen.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: