20 April 2020

INGAT ASAL-USUL - NING BAIZURA TERIMA TEGURAN, MAAFKAN NETIZEN


Berhubung komennya pada rakaman video anggota polis menegur sekumpulan kanak-kanak berkaki ayam berkeliaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tular, disalah erti, penyanyi lagu 'Awan Yang Terpilu', Ning Baizura berkata, ada kala menulis, tidak sama seperti apa yang nak diungkapkan.





"Ketika itu, saya sedang menunjukkan video berkenaan pada anak, Ryan Sky Dalton. Saya mahu anak bersyukur dengan kehidupannya sekarang. Saya menceritakan saya juga seperti kanak-kanak itu pada waktu kecil. Saya tiada niat lain, melainkan simpati.

"Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan pula kita. Saya maafkan netizen, saya tidak mendoakan perkara yang tidak baik untuk mereka. Apabila minta sesuatu yang buruk, hati juga menjadi busuk dan tidak gembira. Jadi, buat apa? Saya terima sebagai teguran positif.

Klik untuk gambar besar


"Terima kasih pada netizen yang memberikan komen positif dan berkongsi aura positif dengan saya. Apabila mendoakan perkara baik, insya-Allah, hidup menjadi lebih berkat. Apabila hati dan mulut bersih, itu adalah cara menjadi orang yang lebih baik," ujarnya.

Tambah Ning, sebagai manusia, pasti tak lari daripada melakukan kesilapan: "Saya akui tidak akan menghantar apa-apa komen, tanpa memeriksa terlebih dahulu. Saya percaya orang cerdik tidak akan bercakap perkara tidak baik. Bagi netizen yang mahu memperbesarkan isu ini, tak perlulah," katanya.



Ning meninggalkan komen dalam Instagram (IG) sebuah majalah tempatan apabila melihat video berkenaan. Bukan sahaja Ning, malah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut komen dan lucu dengan gelagat kanak-kanak yang menangis tak henti akibat digertak mahu dibawa ke balai polis.

Tidak berniat merendahkan kanak-kanak berkenaan, Ning berkata, komennya disalah anggap segelintir netizen: "Sebenarnya, saya mahu meletakkan komen dalam ruangan komen Siti Nurhaliza bahawa saya bersimpati. Dalam masa yang sama, saya tersalah tekan simbol emoji. Sepatutnya, saya letak emoji sedih, tetapi tertekan yang lain. Saya tekan emoji dan terus hantar, langsung tak tengok.

"Takkanlah saya nak ketawakan kanak-kanak yang mungkin daripada keluarga susah. Saya masih ingat asal usul dari mana. Secara kebetulan, saya terburu-buru mahu membawa ibu dan anak ke klinik ketika itu. Saya tersilap masa menghantar komen. Jujurnya, saya tak sengaja. Saya bukan jenis suka komen tanpa usul periksa, cuma waktu itu saya tersalah taip," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Ning Baizura


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: