04 April 2020

ISU SAKINAH & FIZO - ZARINA MINTA HENTI KECAM, AKUI TERLALU IKUT PERASAAN


Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie telah tampil melakukan perkara yang sama seperti pelakon Sharifah Sakinah yang membuat permohon maaf secara terbuka di laman Instagramnya pada Jumaat. Zarina atau mesra disapa Anju, berharap netizen berhenti kecam dengan mengatakan aktres itu tidak ikhlas.





"Semalam Sharifah Sakinah buat video minta maaf, benda pun dah jadi. Kita pun dulu kawan, tak perlu gaduh, berbalas-balas dan cakap benda yang mereka. Jadi, Anju pun nak minta maaf pada Sakinah. Dia pun dah DM saya minta maaf tapi masih ramai yang kecam kata dia tak ikhlas. Sebenarnya ikhlas atau tidak itu antara dia dengan Allah. Tapi Anju tak kisah la, dia dah minta maaf pun.

"Macam mana korang tahu dia ikhlas ke tak, mungkin dia ikhlas tapi cara dia macam itu. Yang penting, dia dah minta maaf dan saya pun minta maaf. Cuba netizen fikir, aku dulu pun banyak buat silap dan korang tetap terima aku lagi. Jadi kenapa tak boleh terima dia," kata Zarina menerusi video yang dimuatnaik di Instagramnya pada Sabtu.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Sakinah tampil memohon maaf selepas bertindak menyelar sikap Zarina dikatakan cuba mengambil kesempatan atas isu bantuan khusus artis. Kemelut antara mereka mula tercetus selepas Sakinah berkongsi video di Instagram menyelar sikap Zarina yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu segelintir artis menyuarakan pandangan mereka bantuan khusus untuk artis berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sakinah mendakwa tindakan Zarina itu hanya untuk meraih perhatian supaya dia boleh menjalankan perniagaan di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Zarina turut memohon maaf kepada Fizo Omar selepas membalas komen dengan nada kasar terhadap aktor tersebut pada baru-baru ini sehingga mengundang perbalahan antara mereka.

Menurut Zarina, dia mengakui kesilapannya melemparkan kata-kata negatif terhadap Fizo yang ketika itu dirinya dalam keadaan beremosi: "Lagi satu (mohon maaf) dengan Fizo Omar. Memang betul aku ada sebut nama dia, jadi di sini Anju nak minta maaf kepada Fizo. Untuk Anju, tak ada rasa malu nak minta maaf sebab mak bapa saya cakap kalau ada salah kena minta maaf.



"Kalau aku boleh maki orang, buat apa aku nak malu minta maaf dekat orang itu. I'm not that type of person. Memang betul aku ada sebut nama dia dalam video sebelum ini kerana terlalu ikutkan perasaan.

"Dia ada kata komen itu double meaning dan it could be anything. Tapi aku balas dengan ikut perasaan. Jadi, aku minta maaf pada Fizo bukan sebab takut tapi it's a right thing to do dan kalau tak nak support Sakinah dan Fizo, janganlah kecam mereka lagi," ujarnya.

Sementara itu, Zarina menegaskan biarpun antara mereka bertiga sudah selesai namun dia tetap akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap tiga orang artis yang tidak disebutkan nama atas dakwaan memfitnahnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: