02 April 2020

"KAMI PERLUKAN TENAGA JAHIT BANYAK... SIAPA ADA KILANG PRODUCE BAJU PPE..." - ISTERI ATU ZERO


Menerusi laman Instagram, isteri kepada pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari yang sedang membantu menjahit baju pelindung (PPE) untuk petugas hospital itu mengakui memerlukan lebih tenaga tukang jahit dengan kadar segera. Menurut Shafeeqa, dia sedang mencari pihak kilang yang boleh membantu secara sukarela untuk menjahit PPE dengan kuantiti yang banyak dalam kadar segera untuk Hospital Sungai Buloh.





"Okey, ini untuk Hospital UiTM Sg. Buloh. Kami memerlukan tenaga jahit yang banyak dan boleh dapat dengan kadar segera. Siapa ada kilang produce baju PPE, bukan nak buat baju raya ya... Boleh whatsapp saya. Memang kilang tak boleh buka waktu ini tapi kami cuba untuk dapatkan pelepasan.

"Kalau nak jahit di rumah limited space... kami perlukan dalam kuantiti yang banyak. Tolong kami... untuk frontliner negara...," tulis Shafeeqa yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Sebelum ini Shafeeqa yang juga tukang jahit telah menjahit sendiri semua PPE dan menyalurkan kepada hospital-hospital yang memerlukan ketika frontliners sedang membantu merawat pesakit COVID-19 di Malaysia. Usahanya itu mendapat pujian ramai dan dilihat sangat murni.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Shafeeqa Johari


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: