09 April 2020

"MAKCIK-MAKCIK BAWANG MASUK IG... SERONOK CARI SALAH, SERBA TAK KENA" - ABBY


Pelakon Abby Abadi menerusi satu muatnaik terbaru di laman Instagram miliknya telah berkongsi foto 'throwback' bersama keluarga besarnya. Dalam entri tersebut, Abby turut memberi pendapat mengenai sikap netizen yang gemar mencari salah di laman sosial. Tambah bekas anggota kumpulan Elite ini, laman sosial sepatutnya digunakan untuk semua pihak saling berukhwah.





"Throwback... gambar beramei2 yg tak tahu lagi bila akan berulang hihi 🙊 #happybirthdaykikim.. Betul ke terobek ni?? Ye keeee nii? Macam takk jer ðŸĪ­ Macam bla bla bla blaaaa ðŸĪŠðŸ˜† Itulah antara contoh bait2 puisi makcik2 bawang kalau masuk ke IG orang. Seronok cari salah. Serba tak kenaa 🙄

"Rilek2 la.. chilll chill sudah.. Laman sosial ni banyak membantu kita saling berukhuwah fillah abadan abada gituu.. hehe.. saling berkongsi kenangan2 indah bersama.. janganlah nk berhujah cari salah je. Penat tau nak layan ðŸ˜đ

Klik untuk gambar besar


"Masuk gambar ini salah, gambar tu salah.. video tak kena... masuk gambar anak peragakan baju kata nk jual anak, masuk gambar review tak sensiitif orang tak makan, pergi buat benda baik kata juga mcm2.. dah tu korang nk suruh buat apa supaya korang berhenti berkata2? Cer citer? ðŸ‘ŧ

"ps; Butik online Sy @kernadia_byabbyabadi buka ye seperti biasa.. jemputlah jenguk2 kot2 berkenan hehe.. Rempeyek baru siap semalam. panasss! panass lagi. Belinjoopun ada. Face mask pun stok masih berlambak2 lagi ye. Jemput membeli hehe.. Okbaiii... 😁," tulis Abby.

Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan pendapat yang dilemparkan oleh Abby. Netizen juga teruja melihat foto keluarga besar Abby dan bekas suaminya, pelakon Norman Hakim serta mendoakan agar keluarga besar Abby bahagia hingga ke syurga.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Abby Abdi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: