09 April 2020

"HAPPY BIRTHDAY SARAH.. AYAH TAK DAPAT SAMBUT SEBAB KENA SELF QUARANTINE.." - ASHRAF


Menjalani penggambaran drama 'Demi' di Inverness, Scotland, pelakon Ashraf Muslim nampaknya belum bersedia berkongsi keadaan kesihatannya selepas tiba di tanah air pada 31 Mac lalu. Ashraf bersama 18 orang lain termasuk kru dan pelakon berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu iaitu sebelum peningkatan kes Covid-19 kes dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.





Sebelum ini dilaporkan lima kru termasuk dua pelakon, Puteri Aishah, Puteri Rayyana Rayqa dan ibu Rayqa iaitu Syira disahkan positif wabak Covid-19. Ia menjadikan jumlah yang positif wabak itu seramai lapan orang daripada pasukan produksi itu.

Ashraf ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp hanya menjawab ringkas pertanyaan diberikan: "Waalaikumussalam... nantilah ya," katanya ringkas.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, menerusi status dimuatnaik di Instagram, Ashraf memaklumkan dia masih menjalani kuarantin diri: "Hari ini genaplah anakku Sarah Ashraf berumur 6 tahun.. dah besar.. Happy birthday Sarah.. Ayah xdpt sambut birthday hari ni sbb kena self quarantine..

"InsyaAllah selesai semua ni kita sambut sama2 dgn kek unicorn yer.. miss u anje... Ayah doakan jadi anak yg solehah.. itu dah cukup utk ayah. Doakan ayah disini. Love you! #SarahAshrafturns6 @ashrafslegacy," tulisnya.

Selain Ashraf, pelakon lain yang turut menyertai rombongan itu ialah Puteri Aishah, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Ashraf Muslim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: