09 April 2020

INI RESPON DATIN SHAHIDA BILA DITANYA KINI MAKIN KURUS & TIDAK CERIA


Bagi sesiapa yang mengikuti laman Instagram isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida, pasti sudah mengetahui yang beliau sering berkongsi resipi masakan kepada pengikutnya. Terbaru, Shahida menunjukkan cara menyediakan penkek labu untuk dihidangkan kepada anaknya, Yusof Al Qardawy dan Ameena sebagai juadah minum petang.





"Resipi Pancake Labu!! Kalau budak2 ni ada kat rumah mmg kejap2 dorang cari makan termasuk la kenit 2 orang ni pantang tengok orang melangkah ke dapur... tau2 je dah ada kat belakang kita... jadi hari ni saya masakkan pancake Labu utk yusoff dan meena utk minum petang dorang ❤️ Lagu x de kena mengena dengan sesiapa ni mmg lagu kegemaran saya ok 😇," tulisnya di sebuah entri.

Bagaimanapun, rakaman tersebut mencuri perhatian warganet apabila ada yang mendakwa Shahida kelihatan semakin kurus: "@nurulnorazie: Napa Datin makin kurus? Hmm anak-anak awak sangat comel la. - "@queenladi8: Datin sangat kurus sekarang.

Shahida tidak berdiam diri lantas memberikan jawapan: "Saya puasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni," balasnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, ada segelintir yang menyatakan wajah Shahida tidak seceria seperti sebelum ini: "Muka Datin sekarang nampak tak ceria macam dulu la. Saya harap Datin selalu di bawah lindungan Allah," tulis seorang penggguna. - "Saya ceria. Saya puasa jadi nampak letih," jawab Shahida.

Kisah rumah tangga Aliff dan Shahida mula menjadi bualan hangat apabila kedua mereka sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram. Baru-baru ini, kecoh apabila surat tuntutan cerai dipercayai milik pasangan itu tersebar di Internet. Difahamkan, Aliff dan Shahida sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Aliff dilihat berulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion Resident Kuala Lumpur berdasarkan video dimuatnaik di Instagram (IG). Menerusi perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusof Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Datin Shahida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: