09 April 2020

POSTIF COVID-19, KINI MULA RAWATAN - PUTERI AISHAH KENA KECAM


Selepas mengetahui keadaan Puteri Aishah yang disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland pada 15 Mac yang lalu, rata-rata netizen terus memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar pelakon itu segera sembuh.





Bagaimanapun, ada segelintir netizen mengecam pelakon tersebut serta kru produksi yang terlibat masih ke luar negara meskipun ketika itu negara masih dalam keadaan berjaga-jaga sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Malah, ada netizen yang menyindir Puteri Aishah yang sebelum ini pernah berkongsikan posting di dalam pesawat Turkish Airlines yang menjalankan proses sanitasi sebelum berlepas. Netizen itu berkata tak kisah dimana pun virus tersebut boleh berada dimana-mana sahaja.

Klik untuk gambar besar


Dalam perkembangan lain, Puteri Aishah sudah pun memulakan rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB), petang semalam. Pengurusnya, Iman Tang memberitahu Puteri nampak sihat dan sempat berkongikan foto berada dalam ambulans.

Difahamkan Puteri Aishah baru pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Demi di Scotland bersama Ben Amir dan Hasnul Rahmat. Bagaimanapun, Ben Amir yang sudah melakukan pemeriksaan mendapati dia negatif COVID-19.


www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Murai.my


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: