09 April 2020

JEP GENAP 35: "MALAM NISFU SYA'BAN, SAYA MOHON MAAF... KAMU TIADA DOSA DENGAN SAYA"


Usia pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu kini genap 35 tahun pada tarikh 9 April dan menyambutnya bersama dengan malam Nisfu Sya'ban. Jep menerusi entri terkini di laman Instagram mengambil kesempatan tersebut untuk meluahkan rasa syukur selain turut memohon maaf kepada semua pihak yang pernah tersakiti atas khilafnya.





Menurut Jep lagi, dia juga tidak pernah mengambil hati dengan insan-insan yang pernah menyakitinya sebelum ini selain turut mendoakan ganjaran syurga buat semua: "Malam ni malam Nisfu Sya'ban. Malam ini juga malam ulang tahun kelahiran saya 😊.

"Saya mohon ampun dan maaf sekiranya saya pernah menyakiti kamu semua dari segi perbuatan mahu pun tutur kata. Sesiapa yang pernah menyakiti saya, kamu tiada dosa dgn saya 🤗. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita semua. Jika Allah izinkan, harap kita semua bertemu di syurga kelak ❤️ Salam Kasih Sayang 9.4.85," tulis Jep.

Klik untuk gambar besar


Posting tersebut telah pun meraih hampir 200,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen daripada peminat dan rakan artis yang menitipkan ucapan selamat hari lahir. Sementara itu, isteri Jep iaitu pelakon Sari Yanti turut memuatnaik posting memberi ucapan hari lahir buat suami tercinta itu menerusi Instagram.

"Selamat hari lahir buat suamiku @jepsepahtu . Banyak cerita datang dan pergi tapi kisah kita kekal dalam hati. Semoga Sayang jadi insan yang Allah sayang dan rahmati didunia dan di akhirat. Semoga selalu punya hati yang tenang dan bahagia. Sihat dan sejahtera ❤.

"Buat hati yang pernah tergeletek, bibir yang pernah tersenyum dan ketawa dek gelagat suami saya. Tolong Doakan Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin agar dijaga Allah swt imannya.. diuruskan Allah urusannya, di rahmati dari dunia hingga akhirat. Terima Kasih semua. 🤗 semoga yang lebih baik untuk kalian semua. Insyaallah 🤲. Gambar throwback. Jangan macam macam. 😅 kekal dirumah ya," kata Sari pula.














www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Jep Sepahtu & Sari Yanti


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: