10 April 2020

"SAYA NEGATIF COVID-19" - UQASHA SENROSE


Setelah melakukan ujian saringan Covid-19 di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, baru-baru ini, akhirnya pelakon Uqasha Senrose disahkan bebas daripada wabak itu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana disahkan negatif COVID-19. Tidak dinafikan, selagi belum dapat keputusan, saya sentiasa diburu bimbang.





"Walaupun saya sudah menjalani pemeriksaan di klinik dan doktor menyatakan saya demam biasa, namun rasa bimbang tetap ada.

"Ini kerana saya tinggal dengan keluarga. Tidak mahulah sikap mementingkan diri sendiri membuatkan semua orang di rumah jadi susah. Takut macam manapun, saya gagahkan diri menjalani ujian saringan," ujarnya dipetik sebagai berkata.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: