10 April 2020

SHARIFAH SHAHIRAH KINI BERTUDUNG PENUH


Bukan kerana takutkan Covid-19!

Demikian kata Sharifah Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera, yang tekad untuk menutup aurat selepas menyedari wabak COVID-19 yang melanda negara dan dunia ini adalah dugaan Allah SWT.





Katanya, pada awalnya dia bernazar untuk memakai tudung sekiranya ada penawar untuk wabak tersebut, namun hatinya mula 'dijentik' untuk menutup aurat lebih awal mulai sekarang.

"Ditambah pula apabila PKP dilaksanakan. Pada mulanya saya bernazar, jika wabak ini ada penawar saya nak pakai tudung. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang.

Klik untuk gambar besar


"Tapi, saya fikir semula kalau tak ada penawar, takkan saya tak pakai tudung. Jadi, saya bulatkan hati dan berniat untuk terus pakai. Lagipun, sebelum PKP saya memang pakai ‘on-off’ dan suka-suka saja.

"Sekarang, saya sudah pakai dengan betul. Tapi, saya tidak boleh terus menjadi sempurna. Saya masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri," ujarnya dipetik sebagai berkata pada Harian Metro.

Malah dalam hal ini, suami dan anak-anaknya turut menyokong keputusannya itu.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: