11 April 2020
MEMEY: "SAMBUNG LAGI... PANDANGLAH MUKA SESAMA PUAS-PUAS..... DAPAT PAHALA"
Menerusi satu entri di laman Instagram, pelakon dan hos, Memey Suhaiza ada berkongsi kisah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi fasa ketiga dilanjut dua minggu, pada Jumaat. Dalam muatnaik tersebut, Memey berkata dia akan terus 'pandang' wajah suami dan begitu juga sebaliknya.
Mudah-mudahkan, apa yang dilakukan oleh pasangan suami mendapat pahala dariNya. Memey pada masa sama turut meminta ramai agar memandangkan situasi yang berlaku ini dari sudut positif. Tempoh PKP Fasa Ketiga bermula 15 April sehingga 28 April.
"Sambung lagi... Pandang lah muka sesama puas2 pagi ptg siang mlm..😆😍 Mudah2an byk pahala terkumpul hehe.. pandang suami / isteri penuh kasih syg pun dapat pahala, Lagi kan plk klu kita berbakti pd bnda2 lain kan.. Gunakan peluang sebaiknya.. buatlah apa2 yg berfaedah.. pandanglah dr sudut positif ❤️
"Mummy ok jer sbb mmg biasa buat kerja dr rumah.. Papa lah pening sbb dah terbiasa busy kesana sini dgn kerja/ gym.. haha.. Takpelah ini yg terbaik. Sama2 kita ambik tanggungjawab ni bersama tau..💪🏻 #stayathome," kata Memey menerusi entri yang merakam foto yang diambil secara 'wefie' bersama suami, pelakon Norman Hakim.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Memey Suhaiza
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment