09 April 2020

PELAKON 'KELUARGA ISKANDAR' TERPERANGKAP DI SELANGOR MANSION


"IKUTKAN, memang ada kesal juga kerana saya balik ke bilik sewa ini semalam hanya untuk ambil bahan rakaman program dalam ‘hard disk’ tetapi terus ‘terperangkap’ di sini.

"Paling sukar, saya tiada bekalan makanan dan ubat-ubatan di bilik ini. Ketika turun nak membeli barang, saya tak boleh keluar dan seluruh kawasan sudah dipasang kawat berduri dan dikawal pihak berkuasa,” ujar pelakon drama Keluarga Iskandar, Mohd Sobri Anuar Tarmizi, 43, dipetik sebagai berkata.





Dia antara ramai pihak yang terpaksa berkurung di bangunan Selangor Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di situ, bermula kelmarin.

Tambah Mohd Sobri yang masih bujang, dia balik ke bilik sewa itu sekali-sekala kerana menetap bersama ibu bapanya di Klang, Selangor.

Klik untuk gambar besar


"Disebabkan nak ambil ‘hard disk’ untuk menyiapkan bahan kerja saya, akhirnya perlu reda berhadapan situasi ini. Ujian yang sudah tertulis buat saya. Memang tak sangka dan saya pun demam sekarang. Selain itu, saya juga ada rasa sakit dada sedikit,” katanya yang turut bimbang dengan tahap kesihatannya.

"Selepas sampel diambil, saya cuba positifkan diri dan berharap ia demam biasa dan tidak mahu terlalu berfikir negatif. Apatah lagi, ibu bapa dan keluarga memberi saya semangat. Malah, ramai juga rakan artis menghubungi saya untuk memberi kata-kata positif dan minta banyak berdoa dalam berhadapan situasi berat ini.

"Kini, saya cuma berdebar menunggu keputusan yang akan diterima nanti dan berharap dapat mengetahuinya secepat mungkin untuk rawatan awal. Namun, harapan saya semoga kesihatan okay dan gejala dialami ini hanya demam biasa. Mohon doakan yang baik-baik saja," tambahnya yang pernah menyertai Maharaja Lawak Mega bersama kumpulan Bawal Power.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: