10 April 2020
PULANG LONDON, KUARANTIN - SARAH BELUM TERIMA KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN
Penyanyi Sarah Suhairi serta seluruh ahli keluarganya menjalani kuarantin di rumah mereka seperti yang disarankan kerajaan selepas pulang dari London pada 28 Mac lalu. Menurut Sarah, 20, dia dan keluarganya sudah melakukan ujian untuk memastikan tidak dijangkiti wabak Covid-19 setiba sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kata Sarah, sepatutnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memaklumkan mengenai keputusan ujian tersebut pada Jumaat atau Sabtu lalu namun sehingga kini masih belum menerima panggilan berhubung perkara itu: "Alhamdulillah, saya dan keluarga tiba di KLIA pada 28 Mac lalu dan kami perlu isi beberapa borang untuk pastikan alamat tempat yang akan kuarantin dan juga terus lakukan ujian.
"Selesai saja urusan, kami terus pulang ke rumah untuk jalani kuarantin selama 14 hari seperti yang disarankan kerajaan. Untuk keputusan ujian itu, KKM kata akan call hari Jumaat atau Sabtu lalu. Tapi sehingga kini, saya dan keluarga tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak KKM. Harap-harap ia bermaksud kami tidak dijangkiti virus itu," katanya.
Klik untuk gambar besar
Menerusi sebelum ini, Sarah mengakui dia dan keluarga pergi bercuti di London, United Kingdom sebelum perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atas urusan keluarga. Sarah turut menjelaskan mereka sekeluarga tinggal di rumah saudaranya dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang berada di sana.
Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Rise And Fall' ini menyedari tindakannya itu mengundang kecaman netizen namun menganggap setiap keluarga sudah mempunyai perancangan tersendiri: "Sebenarnya saya memang menyedari perkara ini sedikit sebanyak akan mengundang rasa kurang senang netizen. Tapi itulah, bagi saya setiap keluarga ada perancangan sendiri.
"Memang sepatutnya keluarga saya dah nak batalkan trip ke London ini tapi sebabkan mak cik saya yang berada di sana menjelaskan keadaan masih terkawal, jadi kami pun teruskan perancangan. Lagipun, perancangan untuk melawat saudara mara di sana ini sudah lama dan kebetulan semua keluarga dapat ikut serta," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment