10 April 2020

CEMAS ISTERI SESAK NAFAS, 'ANXIETY ATTACK' - AEPUL KESAL DITOLAK PERUBATAN SWASTA


"Saya memang terus bawa dia ke hospital dan doktor pun beri drip, kemudian buat pemeriksaan jantung serta darah. Doktor sahkan Leez mempunyai masalah kerisauan melampau sehingga mengalami serangan panik (panic attack). Dia dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.





"Sekarang Leez tengah berehat dan saya ambil tugas menjaga Alisha sambil study mengenai sistem sokongan untuk masalah anxiety," demikian kata vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza yang berkongsi detik cemas apabila isterinya iaitu Leez Rosli mengalami sesak nafas secara tiba-tiba.

Aepul kemudian bergegas membawa isterinya itu mendapatkan rawatan di Hospital Serdang pada pagi Khamis. Leez yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4) itu disahkan diserang 'anxiety attack' atau dikenali sebagai gangguan kebimbangan atau keresahan.

Menurut Aepul, pada mulanya dia berasa bimbang jika isterinya dijangkiti wabak Covid-19 memandangkan ada simptom tersebut. Namun bersyukur, ujian saringan yang dijalankan mendapati dia tidak dijangkiti virus itu: "Alhamdulillah, syukur bukan sebab wabak Covid-19, keputusannya negatif dari sebarang virus," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Aepul memberitahu dia sentiasa berjaga-jaga memandangkan Leez sememangnya kerap mengalami masalah semput sehingga perlu mengambil neb setahun sekali. Selain itu, Aepul meluahkan rasa kesal apabila ditolak oleh sebuah pusat perubatan swasta yang enggan memberi rawatan kepada isterinya sebelum dia membuat keputusan ke Hospital Serdang.

"Leez memang selalu semput dan saya sentiasa berjaga-jaga. Tengah malam kena pergi ambil neb tapi bukan selalu, dalam setahun sekali. Tapi rupa-rupanya kali ini sakit lain pula. Saya cemas sebab nak menilai keadaan dan bertindak dengan tepat. Alhamdulillah, tadi semuanya berjalan lancar.

"Pada awalnya saya ke sebuah hospital swasta tapi mereka tak nak terima kami. Ketika itu saya dah dukung Leez sampai emergency room dan pernafasan dia semakin pendek. Masa tu saya tak nak berbalah dengan mereka dan terus bergerak ke Hospital Serdang pula," jelas Aepul yang sebelum ini berkongsi mengenai keadaan Leez yang mengalami sesak nafas dan mengharapkan orang ramai mendoakan isterinya cepat sembuh.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: