26 April 2020

RAMAI BUKAN MUSLIM SOKONG USTAZ EBIT LEW TERUS BUAT KEBAJIKAN


Jika semalam tiba-tiba ada pembenci, pengutuk dan pemfitnah Ustaz Ebit Lew yang menukar arah dengan mendakwa tidak tahu menahu isu ini dan ada yang mendakwa laman Facebook mereka digodam, namun sokongan terhadap Ustaz Ebit Lew makin meningkat.

Semuanya gara-gara Ustaz Ebit Lew membuat keputusan semalam untuk berhenti daripada mengagih bantuan kepada pihak yang memerlukan buat sementara waktu.





Ramai yang merasa sedih dengan apa yang dialami oleh Ustaz yang memerah keringat membantu orang susah ketika PKP, tetapi difitnah dengan pelbagai tohmahan. Sehubungan itu, Ustaz Ebit memaklumkan sepanjang bulan Ramadan ini dia hanya akan menyalurkan sumbangan melalui akaun bank sahaja atas saranan banyak pihak.

Terkini, isu itu terus hangat apabila rata-rata netizen tetap memberikan sokongan kepada pendakwah mualaf itu. Bukan kalangan orang Islam sahaja, tetapi bukan Muslim turut menunjukkan sokongan padu kepada Ustaz Ebit yang sebelum ini banyak membantu mereka.

Mereka mengucapkan berterima kasih kepada Ustaz Ebit atas usaha dan penat lelah yang dilakukannya sebelum ini. Malah mereka juga memohon supaya Ustaz Ebit Lew tidak berputus asa untuk meneruskan aktiviti kebajikan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan.

Klik untuk gambar besar










         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: