01 April 2020

SAKINAH KRITIK ZARINA: "SAYA TAK BANTAI DATUK RIZALMAN SEBAB DIA TAK BUAT REVIEW..."


Berhubung mengkritik Zarina Anjoulie, pelakon Sharifah Sakinah mendakwa dia bertindak demikian kerana tidak bersetuju dengan tindakan rakan industrinya itu yang dikatakan menyalahgunakan platform media sosial untuk membuat reviu produk-produk yang tidak mendapat kelulusan.





Menurut Sakinah, dia juga tidak pernah menyebelahi mana-mana pihak dalam kontroversi yang tercetus antara beberapa selebriti dengan Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju itu: "Berkaitan dengan live saya semalam, saya masih dengan pendirian saya untuk elakkan berbalah masa Covid-19 ini. Jadi, saya tidak mempertahankan sesiapa dalam kes Anju vs selebriti.

"Hanya kerana saya bukan dipihak Anju, itu tak bermaksud saya menentangnya. Saya hanya berulang kali mengingatkan diri saya dan sesiapa yang membuat reviu produk, tolong pastikan ia sah dan selamat untuk orang walaupun ia untuk charity (kebajikan)," katanya menerusi satu entri yang dimuatnaik di Instagram malam tadi. 

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Sakinah menerusi Instagram Live difahamkan mengkritik tindakan Anju yang didakwa cuba mendapatkan perhatian netizen dengan memalukan rakan artis sebagai 'content' bagi melariskan bisnes reviu produk yang dilakukannya selama ini.

Dalam pada itu, Sakinah turut menafikan dakwaan Anju yang menyifatkan rakan artis hanya berani menentang dirinya sahaja biarpun terdapat individu lain dalam industri yang mengkritik golongan artis: "Saya tak bantai Datuk Rizalman sebab dia tak buat review dan Datuk Rizalman mana taja artis. Semalam nak nombor Anju nak telefon, tak balas!!," jelasnya.

Beberapa hari ini, beberapa rakan artis dikatakan mengkritik tindakan Anju yang didakwa menjadi batu api dalam perdebatan antara netizen dan beberapa artis yang mempersoalkan bantuan kerajaan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sharifah Sakinah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: