30 April 2020

SAKIT DADA, SESAK NAFAS & HAMPIR PITAM - CAPRICE DIKEJARKAN KE HOSPITAL


"Pagi tadi, tiba-tiba saya sakit dada dan sesak nafas sehingga hampir pitam. Saya menelefon ambulans yang membawa saya ke sebuah pusat perubatan swasta di Ampang. Ketika itu, saya terbayang masalah jantung. Selepas menjalani pemeriksaan termasuk ujian darah, Alhamdulillah, kesakitan ini tidak membabitkan jantung.





"Sebaliknya, saya mengalami masalah asid perut berlebihan atau gerd. Selepas rawatan dan diberi ubat, doktor membenarkan saya pulang," jelas penyanyi rap, Caprice yang stabil selepas dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Ampang, akibat sakit dada dan sesak nafas.

Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli berkata, hasil pemeriksaan mendapati dia mengalami masalah asid perut berlebihan atau Refluks Gastroesofagus (Gerd). Menurut penyanyi 'Baby Sayang' ini, situasi itu mengajar diri untuk lebih menghargai kesihatan.

Klik untuk gambar besar


"Penyakit ini ada kaitan dengan pemakanan dan bersangkut-paut dengan faktor tekanan. Justeru, doktor menasihatkan saya menjaga makan dan bijak mengawal emosi. Saya mesti elak daripada tekanan," katanya.

Caprice mengaku tertekan terutama memikirkan soal perniagaan yang semakin perlahan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): "Apabila terlalu banyak berfikir ditambah dengan tak cukup tidur, secara tidak langsung menyumbang kepada penyakit ini. Selepas ini, saya kena lebih mengambil berat soal penjagaan kesihatan," kata penyanyi dan komposer berusia 32 tahun ini.

Caprice turut memuatnaik rakaman video durasi seminit di Instagram memaparkan dirinya dibawa menaiki ambulans. Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Caprice mendoakan tidak ada perkara buruk berlaku ke atasnya dan segera sembuh.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Caprice


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: