30 April 2020

PASANG IMPIAN JADI AYAH MUDA - SEAN LEE PENTINGKAN RESTU IBU DULU


Pelakon dan pengacara, Sean Lee, 25, memberitahu dia memasang impian mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat dan mempunyai cita-cita menjadi ayah muda. Bagaimanapun kata Sean, restu ibu lebih penting bagi merealisasikan impian tersebut.





"Kalau tanya fasal kahwin, saya memang pernah target nak kahwin cepat-cepat... calon itu dah ada, kalau kita berkawan dengan seseorang dan rasa selesa itu pun dah kira antara calon. Sebenarnya saya ada cita-cita nak jadi ayah muda, memang saya pernah letak harapan begitu tapi dalam keadaan sekarang ini kita pun tak tahu lagi macam mana!

"Apa-apa pun, dalam hal ini yang paling penting sebelum mendirikan rumah tangga ialah mendapat restu ibu... kalau dia kata okay, baru kita teruskan perkahwinan," kata pelakon drama 'Sweet Dreams' & 'Demi Rindumu' itu.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Sean mengakui kehadirannya dalam industri seni mula mendapat perhatian peminat setelah mengacarakan program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY). Meskipun pada awalnya dia agak kekok bergelar pengacara, Sean berkata dia bersyukur kerana mendapat bimbingan dan bantuan daripada rakan pengacara, Shuk Sahar.

"Program ini secara tak langsung membantu menaikkan nama saya dalam industri, semestinya saya seronok kerana menjadi rancangan nyanyian nombor satu.Sejujurnya mengacara ini lebih susah daripada berlakon sebab saya ini agak pendiam. Sebagai pengacara perlu berinteraksi dengan penonton dan kena banyak bercakap.

"Tapi saya bersyukur kerana dapat bekerja dengan Shuk dan banyak mengajar saya cara nak sesuaikan diri dan tak rasa kekok. Dia juga banyak beri tunjuk ajar dan peluang kepada saya dalam bidang ini," ujarnya.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Sean Lee


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: