30 April 2020

ISU POLIGAMI, PANGGIL ISTERI RASULULLAH 'ORANG TUA' - PU AZMAN MINTA MAAF


Ekoran kenyataan ketika sesi siaran langsung akaun Instagramnya baru-baru ini, pendakwah bebas, PU Azman atau nama penuhnya Azman Syah Alias tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan menyifatkan kenyataannya sebelum ini telah disalahertikan oleh segelintir pihak.





"Cik Man minta maaf terhadap salah faham terhadap kenyataan Cik Man yang mengatakan poligami bukanlah sunnah tapi keadilan itu Sunnah. Cik Man bukan menolak kesunahan poligami secara total tetapi menepis pendirian segelintir yang mengatakan sunnah poligami hanya berdasarkan kepada bilangan tapi mengabaikan soal keadilan dalam rumahtangga," katanya.

Terdahulu, menerusi sesi siaran langsung Instagram, PU Azman juga difahamkan telah menggunakan panggilan kurang sesuai iaitu 'orang tua' merujuk kepada isteri-isteri Rasulullah.

Klik untuk gambar besar


"Cik Man juga memohon maaf atas penggunaan perkataan yang kurang sesuai merujuk kepada isteri-isteri Rasulullah iaitu 'orang tua'. Tidak ada bentuk penghinaan ke atas mereka tetapi merujuk isteri-isteri Nabi adalah wanita-wanita yang pernah berkahwin sebelum berkahwin dengan Rasulullah," ujarnya.

Sehubungan itu, PU Azman turut berterima kasih kepada pihak tertentu yang tampil membantu dan membuat teguran terhadapnya: "Cik Man ucapkan terima kasih kepada ustaz-ustaz dan individu yang memurnikan salah faham ini dan memberi teguran," tambahnya.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram PU Azman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: