29 April 2020

SERONOK TERAWIH BERSAMA KELUARGA - FASHA BERSYUKUR HAMIL 7 BULAN GAGAH PUASA


"Saya bersyukur PKP dapat mengeratkan lagi silaturahim dalam keluarga. Pertama kali berpuasa dan solat terawih setiap hari bersama keluarga. Dalam dugaan kita, terselit juga hikmah untuk semua orang. Pertama kali Ramadan semua dapat bersama-sama. Hari-hari bincang mengenai menu berbuka untuk memasak bersama.





"Alhamdulillah, sekarang Aidil pun dah kenal mana satu halia dan lengkuas, mana satu daun kuchai dan daun bawang. Satu pengalaman yang baik untuk para suami juga kerana dapat bantu para isteri di dapur," demikian kata pelakon Fasha Sandha.

Tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu dan dilanjutkan sehingga 12 Mei tidak memberi tekanan kepada Fasha. Menurut Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, biarpun sambutan Ramadan ketika krisis penularan wabak Covid-19 namun dia bersyukur dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti solat dan masak bersama keluarganya.

Fasha berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac tahun lalu dan dia mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5 hasil daripada perkahwinan terdahulu. Dalam pada itu, pelakon drama bersiri 'Dua Takdir Cinta' ini meluahkan rasa syukur kerana berjaya gagahkan diri untuk berpuasa biarpun dalam keadaan dirinya sedang sarat hamil tujuh bulan.

Klik untuk gambar besar


Selain itu, dia berterima kasih kepada suami iaitu Aidil Aziz dan adik bongsu yang juga pelakon Elisya Sandha kerana banyak membantu menjaga anak-anaknya yang sedang belajar secara talian ketika dia sibuk menguruskan kerja di dapur.

"Saya sangat bersyukur kerana dapat juga gagahkan diri berpuasa dalam keadaan hamil dan kini usia kandungan sudah mencecah tujuh bulan. Aktiviti saya padat dengan anak-anak juga sebab mereka belajar secara talian.

"Bukan mudah untuk mengawal anak berusia tujuh dan lima tahun dengan pembelajaran secara talian. Nasib baik ada Aidil dan adik bongsu saya, Elisya yang dapat meringankan kerja saya. Walaupun saya sedang sarat mengandung, saya juga masih sibuk di dapur," ujarnya.












www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: