29 April 2020

BILA ELIZABETH TAN BERGAYA DENGAN BAJU RAYA SAMBIL BUANG SAMPAH


Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik sebuah video dimana dia menggayakan busana baju raya biarpun Ramadan baru memasuki hari keenam dan ia menarik perhatian ramai. Namun, apa yang lebih mencuit hati, baju itu dipakai hanya untuk keluar rumah bagi membuang sampah.





Elizabeth atau mesra disapa Lizzy memuatnaik rakaman video gelagatnya itu menerusi satu posting di Instagramnya, semalam: "Harini Lizzy buang sampah version raya pulak. Mcm ni ok tak? Hehehe," tulisnya.

Sementara itu, menerusi ruang komen rata-rata memuji kecantikan penyanyi tersebut. Namun, tidak kurang juga yang meminta supaya Lizzy tidak memainkan lagu raya kerana masih terlalu awal.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Elizabeth Tan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: