29 April 2020

'ITU SELALU' - SINGLE TERBARU BEN UTOMO


Penyanyi rap yang semakin meningkat naik, Ben Utomo, sekali lagi muncul dengan single terbarunya, 'Itu Selalu'. Single ini menjadi yang pertama bagi Ben Utomo di bawah naungan Def Jam Indonesia.

Bagi yang mungkin tidak tahu, Def Jam adalah label hip hop terbesar di dunia, di bawah naungan Universal Music dengan fokus kepada genre muzik ‘vibrant‘ hip hop, rap dan R n' B. Def Jam telah meluaskan empayar mereka di Asia Tenggara termasuklah Indonesia. Ben Utomo adalah salah seorang artis solo di bawah naungan mereka.





Mengenai single 'Itu Selalu', Ben Utomo mengambil tema yang memang biasa dijadikan topik dalam kebanyakan lagu hip-hop atau rap, persaudaraan (brotherhood)!

"Single ini menceritakan kisah keluarga, kru, persahabatan, kesetiaan, dan kejayaan, di mana keluarga dan persahabatan serta kesetiaan selalu menjadi perkara yang paling penting," ujar Ben mengenai singlenya itu.

Klik untuk gambar besar


"Saya sangat gembira kerana ini dapat menjadi jambatan agar muzik saya dapat dinikmati oleh lebih ramai orang," tambahnya lagi tentang kerjasamanya dengan Def Jam.

Untuk mendengar buah tangan Ben yang terbaru ini, anda boleh memuat turun atau streaming single 'Itu Selalu' melalui aplikasi perkhidmatan muzik digital.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: