27 April 2020
"TERASA SANGAT BERPUASA TANPA ARWAH..." - BALU ABAM THROWBACK PERGI BAZAR RAMADAN
Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, balu arwah pelawak Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd. Ali mengakui terasa satu kehilangan yang cukup besar apabila terpaksa menyambut Ramadan buat pertama kali tanpa suami tercinta pada tahun ini.
Dalam posting tersebut juga, Hidayah berkongsi sebuah video kenangan yang memaparkan arwah Abam dan ahli keluarga yang lain pulang daripada bazar membeli juadah. Video yang memaparkan kenangannya bersama arwah Abam di bulan Ramadan itu mencatatkan lebih 150,000 tontonan.
"Tahun lepas puasa balik Sabak Bernam, mesti pergi bazar Ramadan beli juadah berbuka bersama arwah abang. Beli murtabak, ayam panggang, ayam golek dan macam-macam lagi. Adik-beradik pun semua balik berkumpul berbuka sama-sama.
Klik untuk gambar besar
"Ramadan tahun ni terasa sangat berpuasa tanpa arwah abang di sisi sayang. Semoga abang tenang di sana. Kenangan kekal abadi hingga ke syurga. Al-Fatihah untuk Allahyarham suamiku sayang. Syed Umar Mokhtar," coretnya.
Perkongsian Hidayah itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang memberikan kata-kata semangat kepadanya: "Tak apa Hidayah, arwah tetap ada dihati. - "Sabar dan kuatkan semangat. Semoga Hidayah dan Hamzah sentiasa diberikan kekuaran dan dilindungi-Nya," tulis sebahagian netizen di ruangan komen.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Hidayah
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment