29 April 2020

VIVY YUSOF DIDAKWA CIPLAK CORAK REKAAN TUDUNG - QI RAZALI & KEKASIH LUAH KESAL


Nama Vivy yusof baru sahaja reda dari kontroversi susulan kenyataannya didakwa menghina golongan B40 dan M40. Namun kembali hangat apabila timbul lagi isu hangat melibatkan usahawan selebriti terkenal itu apabila didakwa telah menciplak corak rekaan tudung seorang personaliti TV & model, Sleepyllama.





Corak rekaan tudung oleh Sleepyllama atau nama sebenarnya Nia Atasha itu penah dikeluarkan pada tahun 2018 itu dilihat hampir sama dengan koleksi tudung terbaru jenama dUCk yang dilancarkan semalam. Isu tersebut turut mendapat perhatian netizen apabila Nia memuatnaik gambar untuk membandingkan rekaan dan konsep photoshoot miliknya dengan koleksi terbaru yang digunakan Vivy, The Artsy Duck.

Bagaimanapun, Vivy menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa rekaan tudungnya adalah rekaan asli. Jelasnya, pereka-pereka tudungnya telah berusaha keras untuk menghasilkan rekaan tersebut buat peminat-peminat jenama dUCk.

"Bagi kempen untuk koleksi ini, memandangkan ia digelar Artsy dUCk, kami berpendapat sesuai untuk mengadakan tema studio artis. Sudah ramai yang membuat konsep sebegini tetapi seperti biasalah, jika dUCk yang buat, orang ramai akan berkata, jom boikot dUCk," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Malah, menerusi Instagram, Vivy menjelaskan tudung dari Sleepyllama itu dikeluarkan pada pada Disember 2018 dan produknya yang menggunakan rekaan tersebut telah dibincangkan sejak bulan Jun pada tahun yang sama. Bagaimanapun, Nia tidak hanya berdiam diri dimana dia turut menunjukkan bukti email dimana rekaannya itu telah dibincangkan sejak bulan Mei.

Sementara itu, pengacara Qi Razali menyatakan kekesalan terhadap tindakan Vivy. Kata Qi, tindakan Vivy telah memusnahkan usaha dan cita-cita individu lain yang sebelum ini bertungkus-lumus untuk memajukan jenama mereka.

"Nak ciplak pun agak-agaklah. Aiyo, sepertimana saya katakan, PKP ini semua perangai sebenar keluar. Dia telah memusnahkan usaha dan cita-cita individu lain. Kita akan move on tetapi dia akan hidup dengan situasi ini.



"Saya tak boleh duduk diam dan tengok saja. Saya suspek pasukan dia pun ada kena mengena, come on, takkan semua rekaan dia buat sendiri.Tapi menjadi tanggungjawab dia untuk memecat pasukannya itu," kata Qi.

Dalam masa sama, Nia berkongsi luahan hati di Instagram Stories mengenai situasi memalukan itu: "Dua tahun lepas saya mengeluarkan koleksi tudung yang saya reka ilustrasikan berkolaborasi dengan Soonaru.

"Selama enam bulan saya bekerja keras untuk memastikan kolaborasi ini berhasil. Tapi dua tahun kemudian iaitu hari ini, saya dapat tahu Duck menghasilkan sesuatu lebih kurang sama. Saya faham tiada apa yang original dan sesiapa sahaja boleh menginspirasikan dari mana-mana. Tetapi saya rasakan ia kurang tepat. Konsep kempen dan semuanya. Entahlah," tulis Nia yang merupakan teman wanita Qi.

Ramai dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan tindakan Vivy dan pasukannya tidak betul. Namun, ada segelintir yang melihat seni itu suatu yang subjektif. Ini bukan kali pertama Vivy didakwa menciplak rekaan jenama lain, sebelum ini tular apabila Fashion Valet dikatakan telah menciplak rekaan pereka untuk jenama kecil. Difahamkan, koleksi Artsy dUCk dijual pada harga RM200 sehelai.














www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: