08 May 2020

9 GAMBAR - DAH LAMA BEBAS COVID-19, TAPI ASHRAF MUSLIM SENGAJA MENETAP DI WAD BANTU RAKAN SENASIB


"Assalamualaikum. Masanya sudah tiba.. berat hati ini utk meninggalkan sahabat-sahabatku di wad ini. Mereka telah ku anggap sebagai keluargaku.. Allahuakbar.. tak boleh nak terjemahkan perasaan ini... 3 hari sebelum balik memang sayu untuk tinggalkan wad.

"Saya mohon maaf kepada pakcik, abang2 dan adik2 warga Wad 31 dan rakan2 Dr dan nurse yg menjaga saya dan rakan2 saya disini dan juga berterima kasih kerana terima saya dan rakan-rakan saya seadanya. Tak lupa juga kepada mereka yang menyumbang makanan dan minuman kepada kami disini. Semoga Allah murahkan rezeki kalian semua.





"Banyak cerita, banyak pengalaman, banyak perkongsian dilakukan bersama dimana pesakit2 semuanya datang dari pelbagai kaum, agama dan latarbelakang tapi hanya satu sahaja yang kami inginkan iaitu ‘ketenangan’. Jangan risau sahabat.. Allah kan ada, dia selalu bersama-sama kita. Mengadulah pada dia.. InsyaAllah Allah akan bantu," demikian kongsi Ashraf Muslim yang akhirnya disahkan bebas daripada jangkitan virus covid-19.

Untuk info, sebenarnya Ashraf sudah lama sembuh iaitu sehari sebelum Ramadan... tetapi dia memilih untuk terus tinggal di wad bagi kuarantin diri dan membantu sahabat senasib di situ. Kesedihannya dapat dirasai apabila dia berat hati untuk meninggalkan rakan-rakannya yang masih berjuang di wad Hospital Sungai Buloh.

Klik untuk gambar besar


"Sebenarnya.. saya sudah lama negatif pada sehari sebelum ramadan dan saya memilih tinggal di wad31 untuk kuarantin kan diri di wad. Banyak sebab keputusan ini dibuat dan yang paling penting ialah saya dapat mengerjakan solat berjemaah pada bulan ramadan dan ibadah yang dapat buat bersama-sama dengan pesakit. Ini adalah terapi hati saya untuk lebih tenang. Maafkan saya kalian dengan tindakan saya itu.

"Akhir kata.. Sama-sama kita doakan semoga pesakit-pesakit Covid19 cepat pulih dan dapat berjumpa dengan ahli keluarga dan penyakit ini hilang dari muka bumi ini.. InsyaAllah. Terima kasih Allah kerana memilihku sebagai pesakit covid19. Syukur kepadamu ku merasa nikmatnya," tambahnya.















         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: