11 May 2020

ALYAH NEKAD HENTI RAKAM LAGU CINTA: "MOHON MAAF ATAS PENGARUH SAYA... BERDOSANYA SAYA"


Penyanyi Datin Alyah hari ini menerusi laman Instagram miliknya telah meluahkan rasa menyesal kerana lagu-lagunya yang berunsur cinta itu memberi pengaruh kepada peminat-peminatnya. Alyah atau nama penuhnya Noor Hasliah Abu Hasan, 39, berkata, lagu-lagu yang pernah dinyanyikan sebelum ini hanya membuatkan pendengar menitiskan air mata kerana manusia tapi bukan kepada Allah.





"20 tahun saya berjalan sebagai seorang penyanyi, saya menyanyi lagu cinta, lagu sengsara, lagu sedih, lagu curang, lagu kecewa. Kebanyakan lagu-lagu saya semua berunsur cinta kepada manusia. Di bulan Ramadan yang mulia ini saya ingin memohon kemaafan atas pengaruh yang saya bawa selama ini.

"Nyanyian saya menitiskan air mata kamu dan menitis kerana kasih pada manusia bukan kerana kasih pada Allah SWT, para Rasul, mahupun para ilmuan agama," kongsi penyanyi lagu 'Sesal Separuh Nyawa' itu.

Klik untuk gambar besar


Alyah membuat permohonan maaf kepada peminat menerusi sebuah entri di Instagram. Dalam pada itu, Alyah membuat keputusan untuk berhenti merakamkan lagu-lagu berkaitan kisah cinta dan memohon maaf atas kekhilafannya selama mengejar populariti sebagai seorang penyanyi.

"Bersalahnya saya pada kamu dan berdosanya saya pada kamu. Saya mohon ampun atas kekhilafan saya selama ini dalam mengejar populariti. Sayalah yang berdosa, saya juga amat naif dan sayalah yang bersalah.



"Mulai saat ini saya tidak akan merakamkan lagi apa-apa lagu cinta terhadap manusia, lagu buat kekasih yang akan membuatkan kamu terbuai dan lupa pada yang Maha Pencipta. Mohon maaf atas keputusan ini. Selamat berpuasa semua.

"Lagu terbaik yang pernah saya tulis bersama Omar K dan Ikhwan Fatanna, juga hasil usaha kakak saya Datuk Ayu Puteh, lagu saya lakarkan dari hati ketika saya masih mencari jawapan dalam kehidupan saya.

"Perjalanan saya masih jauh semoga Allah SWT sentiasa bersama kita semua dan memberi redanya. Sejauh mana kita mencari jawapan demi mencari bahagia sebenarnya ia ada pada diri kita sendiri hanya satu kepercayaan kepada Allah SWT," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Harian Metro & Instagram Alyah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: