27 May 2020
ARIL KONGSI GELAGAT ISTERI BERMAAFAN: "BANYAK DOSA NI, SAMPAI KAKI PON DIA CIUM..."
Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus menerusi laman Instagram miliknya mengakui dia dan isteri sekeluarga baru sahaja sempat bermaaf-maafan di raya ketiga. Menurut Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, ia tidak menjadi masalah kerana Syawal bukan hanya sehari malah sebulan.
Apa yang melucukan, pengacara CCTV itu memuatnaik video isterinya, Puteri Erma Edlinda yang meminta maaf sambil mencium kakinya. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terhibur dengan video tersebut.
"Raya ketiga baru minta maaf. Banyak dosa ni (isterinya) sampai kaki pon dia cium. Tak mengapa lah lambat pun, janji minta maaf dan dimaafkan. Selamat hari raya maaf zahir dan batin semua #RayaKanSebulan," tulisnya.
Untuk makluman, Aril mendirikan rumah tangga bersama Puteri pada 20 Disember 2013. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Tun Adriel Mikael pada 24 November 2015.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Aril Pilus & Puteri Erma Edlinda
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment