27 May 2020

'BUDAK KECIK' & 'MENGIDAM', NETIZEN SPEKULASI MEMEY HAMIL - NORMAN NAFI


Pelakon Norman Hakim baru-baru ini telah memuatnaik satu posting di laman Instagram yang memberitahu isterinya, Memey Suhaiza sedang mengidam makanan Jepun: "Budak kecik ni mengidam pulak nak makan makanan Jepun. Wifey @memeysuhaiza tak nak tapau, dia nak makan kat luar juga, nak 'tukar angin' katanya," tulisnya.





Perkongsian status itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen yang menyangkakan pasangan itu bakal menerima kehadiran cahaya mata baharu: "Wah, nak ada baby lagi ke? - "Wah Mikayla nak dapat adik ke?," kata sebahagian netizen di ruangan komen.

Norman bagaimanapun tampil menafikan dakwaan isterinya kini sedang berbadan dua ekoran posting yang dimuatnaik itu Menurut Norman, status 'mengidam' tersebut tidak ada kaitan dengan perkhabaran baharu mengenai zuriat mereka.

Klik untuk gambar besar


"Hahaha, tak adalah, mana ada mengandung. Cuma craving (teringin) sangat je nak makan teppanyaki," katanya menerusi kiriman WhatsApp ketika dihubungi. Menurut Norman lagi, 'budak kecik' yang dimaksudkan dalam tulisan kapsyennya juga tidak membawa apa-apa maksud tersirat: "Buat masa sekarang tak ada lagi (bayi)," katanya.

Pasangan itu mempunyai tiga cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, 2. Menerusi perkahwinan pertama dengan aktres Abby Abadi, Norman mempunyai tiga anak juga, Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 15, dan Maria Danisha Hakim, 12.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Norman Hakim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: