18 May 2020

BANYAK BUANG & BAKAR FOTO LAMA - LISDAWATI MOHON MAAF, MINTA JANGAN SIAR


Pelakon Lisdawati menerusi laman Instagram miliknya telah mengakui sudah banyak membuang dan membakar gambar-gambar lamanya. Dalam entri yang sama, Lisda atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 42, berdoa setiap hari supaya cerita lama mengenai dirinya iaitu sebelum berhijrah dan bertudung tidak lagi disiarkan.





Malah, Lisda turut memohon maaf dan meminta peminat agar tidak menyiarkan gambar lamanya. Katanya, kalau mahu simpan, 'conteng' sikit mana yang perlu. Perkara itu dikongsikan bintang KL Menjerit ini menerusi satu posting terkininya di Instagram pada Ahad.

"Banyak gambar lama yang saya sudah buang dan bakar. Tiba-tiba terkeluar keratan ini. Masih ada lagi yang terselit. Teringat pada beberapa peminat yang paparkan gambar lama saya. Saya mohon maaf sangat dan minta tidak disiarkan gambar saya yang lama. Kalau nak simpan pun, jom kita jaga sama-sama kita. Conteng sikit mana yang perlu," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Lisda yang juga pelakon drama 'Camelia' itu berkata, dia selagi boleh mahu memadam semua gambar dan video yang memaparkan dirinya tidak bertudung: "Kalau mampu nak saja saya padam semua gambar dan video saya yang jahil dulu. Setiap berdoa supaya cerita lama saya tak disiarkan," katanya.

Lisda memuatnaik gambar bersama beberapa artis wanita ketika menjayakan sesi fotografi sebuah majalah hiburan satu ketika dulu. Pada keratan itu, Lisda menconteng bahagian kepala di mana ketika itu dia belum bertudung. Lisda mula mengenakan tudung pada 2013: "Semoga Allah SWT terima taubat saya. Maaf sekali lagi atas kesalahan saya," tuturnya.

Serentak dengan perkongsian berkenaan, posting tersebut menerima reaksi pelbagai peminat.








www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Lisdawati


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: