01 May 2020

CARA SHUIB SIDAI KAIN BUAT RAMAI TERHIBUR: "SYUKUR BANTU TAPI BUNGA ROSAKLAH" - SARAH


Penyanyi Siti Sarah menerusi laman Instagram baru-baru ini telah berkongsi sebuah video yang memaparkan suaminya, pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu ada membantunya untuk menyidai pakaian di jemuran. Menurut Sarah, dia amat bersyukur dengan bantuan tersebut namum agak terkejut melihat kaedah yang digunakan oleh suaminya itu.





"Bila suami jemur kain, syukur sangat-sangat sebab membantu. Tapi bunga rosaklah," tulis Sarah yang berkongsi video berdurasi 15 saat yang menunjukkan Shuib bukan sahaja menjemur kain di ampaian, malah dia turut meletak pakaian tersebut di atas pokok-pokok bunga kepunyaan Sarah di balkoni rumahnya.

Entri berkenaan ternyata menarik perhatian umum selepas meraih lebih 300,000 tontonan selain turut dihujani ribuan komen. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah pasangat tersebut malah turut memuji Shuib yang ringan tulang membantu isterinya itu melakukan kerja rumah.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Siti Sarah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: