15 May 2020

DIANA DEDAH KEHIDUPAN SEBENAR ANAK SENI: "BUKAN MAHU MENAGIH SIMPATI..."


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, pelakon Datin Diana Danielle telah tampil mempertahankan permohonan penggiat seni untuk kembali 'shooting' selepas terpaksa diberhentikan disebabkan penularan wabak Covid-19.





Menurut pelakon filem 'Magika' itu, anak seni bukan sahaja di kalangan artis malah yang berada di belakang tabir juga turut tergolong dan kini mereka sedang menghadapi fasa yang kritikal.

"Bukan semua dalam industri ni artis saja. Semua di belakang tabir juga anak seni. Minta fahami kenapa warga seni ni ada di antara kita yang memang struggle sungguh. Bukan mahu menagih simpati atau meminta lebih dari yang sepatutnya, tapi saya juga kenal ramai krew yang memang 'freelancing' atau jika 'fulltime' di bawah satu produksi pun jika tak ada kerja tak ada bayaran.

"Bayaran contohnya rm10k tapi dipecahkan kepada 3 kali bayaran selama 3-4 bulan, ada yang gaji mereka pun hanya 3-4 ribu juga dipecahkan kepada 3 kali bayar, berapa sangat untuk mereka nak bertahan kalau lama tak kerja kan," tulisnya di Instagram (IG).

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Datuk Farid Kamil berharap agar dapat mencari jalan penyelesaian untuk membantu penggiat seni terus mencari pendapatan: "Dan jika lambat bayaran mereka tiada persatuan yang betul-betul mampu menangkan hak mereka. We are stuggling just like you all are too, we are in this together pun, bukan hanya di Malaysia tapi satu dunia.

"Jika tak dapat nak sambung shooting, apakah cara untuk pastikan mereka yang kerja dalam bidang ni tidak terus terumbang ambing dan langsung tiada pendapatan. Harap kita dapat cari solusinya bersama," tulisnya lagi.

Sebelum ini, Dr. Ahmad Ibrahim selaku Presiden Persatuan Filem Malaysia (FDAM) membuat permohonan kepada kerajaan supaya meluluskan para penggiat seni untuk kembali bekerja semula selepas beberapa ditangguh susulan penularan wabak ini.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Beautifulnara & Instagram Diana Danielle


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: