06 May 2020

DR ERIN DEDAH DAH RANCANG NIKAH SEBELUM KE MEKAH, DAPAT KEBENARAN FATIN


Dr Erin sebelum ini berkongsi dia dan Da'i Farhan bertemu dan berpaut cinta di bumi Makkah, namun terkini lain pula cerita. Kata Erin, Farhan telah mendapat kebenaran dari isterinya, Fatin Nurul Ain sebelum mereka berangkat untuk menunaikan ibadah umrah pada Oktober tahun lalu.





"Saya menerima pinangan Ustaz kerana saya diberitahu bahawa sudah dapat persetujuan dari isterinya. Demi Allah kami tidak pernah berniat utk menyembunyikan pernikahan kami. Ustaz telah submit file permohonon poligami pada 10/10/ Ustaz juga berulang alik ke Kedah jumpa ayah saya utk mengisi segala borang yang diperlukan untuk permohonan pernikahan.

"Ustaz memang ada trip ke Makkah pada 13 Oktober jadi saya buat keputusan untuk pergi umrah sekali dan terpaksa ambil pakej VVIP bilik seorang. Setiba je di Makkah Ustaz terus mencadangkan untuk kami nikah terus, saya pun setuju," cerita Erin.

Klik untuk gambar besar


Selepas dua bulan bergelar isteri muda, mahligai yang dibina Farhan dan Fatin mulai berantakan: "Selama 2 bulan hidup kami sangat harmoni. Ustaz akan tidur bergilir-gilir rumah saya dan rumah madu selang sehari.Saya ingat semuanya okey dan aman damai," tambahnya.

Selepas kisah perkahwinan mereka tular, pelbagai pihak mula bersuara hingga kata Erin ada yang mula melancarkan komplot untuk melihatnya dan Farhan bercerai: "Selepas viral, saya dan Ustaz dimaki maha hebat oleh semua orang.



"Orang yang memviralkan kisah kami adalah kawan baik madu saya sendiri. Sudah tentu ini menjejaskan hubungan kami bertiga. Dia pernah ajak saya berjumpa tetapi Ustaz tak izinkan. Saya nak bagitahu, walaupun selepas kisah kami viral Ustaz tetap tak ada terfikir untuk bercerai dengan madu saya. Walaupun dihina dimaki kami cuba sabar tapi kami hanya manusia biasa.

"Kami juga diuji dengan perasaan marah bila kami tahu ada cubaan dari beberapa individu untuk mencari segala aib saya dengan tujuan memburukkan saya kepada semua. Bagaimana kami tahu komplot jahat ini adalah dari telefon madu saya sendiri. Ustaz berjaya merampasnya dan ada banyak mesej perbualan benda ini.

"Berlaku campur tangan orang luar yang menghasut lebih-lebih mentua Ustaz sendiri yang memaksa untuk menceraikan anak mereka," dedah Erin lagi yang juga turut memaklumkan dia dan Farhan kini telah bercerai.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Beautifulnara & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: