19 May 2020
EZZATY ABDULLAH BAYAR GAJI PEKERJA SPA DENGAN JUAL MI UDANG
"Saya ada bertanya di laman Instagram jika ada yang ingin membuat tempahan. Pada mulanya saya berkongsi hanya sekadar gurauan kerana tak menyangka akan ada orang yang membuat tempahan, kalau ada pun mungkin lima atau enam orang saja. Tapi, tak sampai 10 minit saya sudah terima kira-kira 60 mesej tempahan. Saya terkejut dan jadi takut dan saya terus padam posting itu.
"Daripada 60 orang, saya cuma ambil 35 pesanan kerana saya takut tak mampu memenuhi semua permintaan," tutur pelakon Ezzaty Abdullah yang tidak menyangka mi udang yang dijual secara suka-suka mula menjadi serius dan mendapat sambutan ramai.
Malah, Ezzaty berkata, dia terpaksa memadam status membuka tempahan yang dimuatnaik di laman sosial berikutan menerima permintaan yang terlalu tinggi. Sementara itu, Ezzaty berkata, pada awalnya dia berasa bimbang tidak dapat memenuhi tempahan yang banyak dalam masa singkat.
Klik untuk gambar besar
"Pada mulanya memang agak kelam kabut kerana saya tak pernah masak dalam kuantiti yang banyak. Setelah beberapa hari, baru saya berani untuk ambil lebih banyak tempahan," jelas isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu.
Ezzaty berkata, dia mencuba nasib dalam bidang perniagaan sebagai salah satu sumber pendapatan bagi membayar gaji pekerja spa milik mereka: "Kami orang seni tiada pendapatan. Saya ada bisnes spa tapi masih belum boleh beroperasi selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan.
"Saya dan Azwan dah pening memikirkan cara untuk membayar gaji staf kami. Kami tidak mahu menggunakan duit simpanan kerana duit itu mahu digunakan untuk membeli rumah. Inilah salah satu cara saya dan suami cari duit," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ezzaty Abdullah
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment