11 May 2020

FARA MENDOZA KECEWA DENGAN PU SYED: "KAU TAK PAYAH SIBUK JADI MALAIKAT CATAT DOSA AKU"


Baru-baru ini, pendakwah bebas, PU Syed Bakri Al-Yahya telah menyeru Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menapis akaun pelakon Fara Mendoza.





PU Syed beranggapan bahawa akaun Instagram pelakon filem 'Keranda Tok Wan Terbang' itu telah tersimpang jauh dari landasan Islam. Bagaimanapun, tindakan Pu Syed telah mencetuskan ketegangan antara kedua-dua pihak.

"Terlalu bebas adalah sangat berbahaya, seperti pemilik akaun ini yang dikatakan menggunakan sosmed untuk memperagakan sesuatu yang sangat mengaibkan bagi seorang wanita Islam. Mohon pihak kerajaan bertegas kepada golongan ini, jangan biarkan maksiat yang terang-terangan muncul dan bermaharajalela.

Klik untuk gambar besar


"Lagi dahsyat maksiat ini dipertontonkan kepada khalayak. Bayangkan jika followersnya ada yang mengikut jejak langkahnya!!? Bukankah ia lebih bahaya dari virus Covid-19?" tulisnya berserta paparan skrin akaun Fara.

Bagaimanapun, teguran itu mengundang rasa tidak puas hati Fara justeru menghubungi PU Syed untuk menegur dengan cara lebih berhemah dan bukan mengaibkannya: "Apa masalah kau? Kau berdakwah sekali pun tak payah nak kacau orang ar. Nak menegur pun ada adab.



"Ustaz jenis apa kau ni kerja mengaibkan orang! Woi nak tegur ada cara, tapi kau tegur aku di khalayak ramai itu memalukan aku musibat! Kau menghina aku. Aku seksi ke apa itu urusan aku dengan Allah! Faham.

"Kau tak payah sibuk nak jadi malaikat catat dosa aku. Tugas menegur kau batak perhatian. Post IG sana sini! Batak nak glamor," tulis Fara menerusi kiriman mesej langsung kepada PU Syed yang turut didedahkan kepada umum.

Fara dalam pada itu turut mengemaskini akaun Instagramnya yang beranggapan mencari kesalahan orang lain adalah petanda hati rosak: "Kau bukan ustaz tapi kau baru nak start," katanya.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Fara Mendoza & Syed Bakri Al-Yahya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: