27 May 2020

JARAK 17 TAHUN - HARRIS ALIF (21) & INTAN LADYANA (38) BERCINTA?


Menerusi laman Instagram, penyanyi dan pelakon remaja, Harris Alif berkongsi gambar dia bersama pelakon Intan Ladyana menyambut hari raya kedua dengan mengenakan pakaian raya sedondon. Kapsyen yang mengiringi entri tersebut nyata menimbulkan tanda tanya ramai peminat kerana Harris menggunakan bentuk hati bagi menggambarkan Intan: "Second raya with love," tulis Harris di ruangan kapsyen gambar terbabit.





Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihan sebenar disebalik hubungan pasangan selebriti ini, rata-rata komen yang ditinggalkan oleh pengikut Harris nampaknya positif dan turut menyokong hubungan tersebut.

Malah, kebanyakan peminat mendakwa mereka sedang menjalin hubungan cinta. Netizen juga memperkatakan mengenai jarak usia Harris dan Intan. Harris bakal memasuki usia 21 tahun pada 2 September ini manakala Intan pula akan menyambut hari lahir ke-38 pada 2 Jun ini. Ini menjadikan jarak umur di antara mereka ialah 17 tahun.

Terdahulu, spekulasi telah bermula pada awal Mei lalu apabila Harris telah memuatnaik foto bersama Intan dengan kapsyen 'Best part'. Zaman sekarang ini, dah tak pelik kalau segelintir pasangan itu si wanita lebih tua daripada yang lelaki. Bak kata pepatah, usia hanyalah angka dan tak sepatutnya menjadi penghalang kepada rasa cinta di antara sesiapa pun. Apa-apapun, kita nantikan penjelasan daripada tuan punya badan sendiri ya.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Beautifulnara, CARI Forum & Instagram Harris Alif


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: