11 May 2020

JASMINE AMBIL KELAS ONLINE: "WALAUPUN SAYA CINA, TAPI TAK FASIH MANDARIN"


Pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh masyarakat bagi mengisi masa lapang ketika berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa di negara kita bermula 18 Mac lalu. Begitu juga dengan pelakon Jasmine Suraya yang memberitahu dia mengambil kelas bahasa Mandarin secara dalam talian.





"Tak bosan sangat sepanjang tempoh PKP ini kerana saya sedang mengikuti kelas belajar bahasa Mandarin secara online bersama seorang guru. Walaupun saya orang Cina, tapi saya tak fasih berbahasa Mandarin... memandangkan saya ada letak impian nak kembangkan bakat di luar negara jadi saya kena pandai cakap Mandarin.

"Tawaran yang datang nanti mungkin memerlukan saya bawa watak Cina, jadi mahu atau tidak saya kena fasih berbahasa Mandarin dan sebab itu saya perlu bersedia," jelas Jasmine atau nama penuhnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 30.

Sementara itu, Jasmine berkata dia sentiasa menantikan peluang untuk mengembangkan karier lakonan di peringkat antarabangsa: "Peluang untuk memasuki pasaran antarabangsa lebih terbuka dan tiada halangan kerana sekarang ini ada banyak medium untuk kembangkan bakat seperti Netflix dan lain-lain.

Klik untuk gambar besar


"Sebelum kita melangkah ke fasa lebih jauh, kita perlu ada persediaan kerana persaingan di luar sangat banyak. Saya tak ada masalah untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dan Melayu... jadi itu sebab saya perlu belajar bahasa Mandarin," ujarnya.

Dalam pada itu, Jasmine turut mendedahkan pada awalnya dia bukanlah seorang yang fasih berbahasa Melayu. Namun dia mengambil inisiatif sendiri bagi meningkatkan lagi penguasaan bahasa kebangsaan itu: "Sejak kecil saya dan keluarga lebih banyak bercakap bahasa Inggeris... sesekali sahaja bertutur dalam bahasa Mandarin dan Melayu, mungkin sebab itu saya kurang fasih dalam dua bahasa berkenaan.

"Sebelum saya memasuki industri hiburan Melayu, saya ambil kelas selama enam bulan di Aswara dan setiap hari tengok drama Melayu dan bercakap kuat-kuat dalam bahasa itu. Sekarang ini penguasaan bahasa Melayu saya lebih baik cuma adalah pelat-pelat sikit," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Jasmine Suraya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: