11 May 2020

PERSONALITI TV, AMEENA ZAINI SELAMAT LAHIRKAN ANAK KEDUA, LELAKI


Personaliti televisyen, Ameera Zaini menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini mengumumkan berita gembira dimana dia telah selamat melahirkan anak keduanya pada 9.29 malam hari Jumaat. Ameera turut berkongsi sekeping foto yang menampakkan sebahagian wajah bayinya itu: "Alhamdulilllah. It's a boy. 8th May 2020. 9.29 pm," tulisnya.





Khabar gembira itu dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat: "@mia.ahm4d: MasyaAllah Meera!! Like finally!! Congratulations!!! Share la journey bersalin nanti. Selamat berpantang!

"@nadiaannuar: Birthday sama macam Aaron my eldest! Hahahaha timing pun beza 1 jam lebih je. - "@nabila.razali: Alhamdulillah! - "@adielaridzuan: Alhamdulillah congrats kak Meera! Selamat berpantang," antara komen-komen yang ditinggalkan.

Terdahulu, Ameera mendedahkan dia terpaksa menghadapi trimester pertama yang sangat mencabar untuk anak keduanya. Ameera dan suami, Hasnor Rozaini telah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mateen.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ameena Zaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: