19 May 2020

LUFYA BERANG DIGELAR MELAYU 'INFERIOR': "KAMI NAK BERSEDEKAH PUN JADI ISU KE?


"Kami nak bersedekah pun jadi isu ke? Apa ni? Mana kami tau orang ni baik ke scammer? Fya nak didik anak dengan memberi walaupun sedikit. Sedekah ini pun gerakan Allah. Kita bukan nak dapatkan pujian manusia tapi keredhaan Allah dan kasih sayangNya. Anak saya kasi Rm 3 duit nak beli ais cream dia bukan kasi banyak pun.





"Cukuplah sekadar dia boleh beli sepotong kuih dan air mineral," demikian tulis pelakon dan penyanyi Lufya Omar menerusi sebuah entri di Instagram (IG) yang meluahkan rasa berang apabila tindakan anaknya, Laana Haura bersedekah kepada warga asing tidak disukai oleh segelintir manusia.

Kata Lufya, itu cara dia untuk mengajar anaknya berkongsi rezeki walaupun nilainya kecil. Dalam pada itu, pelakon drama 'Umairah' itu kesal dengan tindakan sebuah IG yang mengambil video miliknya tanpa kebenaran. Lufya turut memohon kerjasama daripada pengikutnya untuk melaporkan akaun terbabit kerana merasakan kandungan yang dikongsikan tidak berfaedah.

Klik untuk gambar besar


"Kamu ambil video anak saya dan post di IG kamu sebagai content kamu tanpa kebenaran saya. Betul ke cara macam tu? Siapa yg melayu inferior ni? Saya dm cakap baik-baik mintak delete post berkenaan tapi kamu block saya. Saya mintak semua pengikut yang dikasihi report IG ini untuk menutup akaun yang tidak bermanfaat dan menyakitkan hati ramai pihak. Fya harap dapat bantuan anda semua," tulisnya lagi.

Bagaimanapun, Lufya telah memadamkan posting terbabit. Terdahulu, Lufya berkongsi tindakan Haura yang bersedekah wang ringgit kepada dua orang lelaki Rusia yang memohon bantuan untuk pulang ke negara asal.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: