22 May 2020

MUATNAIK FOTO LESEN - NO FLAT KERETA AZHAR SULAIMAN CURI TUMPUAN


Pelakon Azhar Sulaiman menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik foto dimana dia baru sahaja memperbaharui lesen kenderaannya yang bernombor plat MAF14. Foto yang dikongsikan Azhar itu telah mencuri tumpuan wargamaya: "'Lesen' Mafia telah diperbaharui," tulis Azhar sebagai kapsyen.





Difahamkan kereta Nissa Murano milik pelakon yang bergelar arkitek ini juga pernah tular satu ketika dahulu kerana memiliki nombor plat yang unik. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata teruja melihat nombor plat kereta pelakon filem Abang 92 itu.

Malah, tidak kurang juga ramai yang turut berkongsi momen bertemu dengan MAF14 di atas jalan: "Dulu banyak kali saya pernah nampak lalu lalang di depan Angkasapuri - "Eh saya selalu nampak MAF14 ni di Damansara Perdana.

Klik untuk gambar besar


"Paling legend kereta ni bang. Lalu je kat Petaling Jaya dah tahu kereta siapa. - "Lahh, awak punya ke kereta hitam tu? Pernah nampak kat Bangsar. Saya belakang kereta awak. Bagus dia ni, mafia-mafia pun tahu bagi signal!” usik seorang wargamaya.

"Masa zaman remaja lalu saya pernah nampak MAF14 ni kat Subang Parade. Kereta Waja ke apa entah. Sekarang masa dah besar, kali kedua nampak kereta ni di Putrajaya, dah tukar Murano hitam. Sekarang MAF14 dah tukar kereta apa bang?" demikian kata beberapa wargamaya.

Sekadar info, Azhar mendirikan rumahtangga bersama Chempaka Emalin Pahamin, 49. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 22 serta pasangan kembar Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona, 18.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Azhar Sulaiman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: