19 May 2020

"NAK REFUND PUN TAK BOLEH" - WANI REDA TAK DAPAT BALIK KAMPUNG DI SABAH, RM4,000 'HANGUS'


"Sedihlah juga sebab boleh dikatakan setiap tahun balik kampung dan tahun ini saya dah siap-siap beli tiket sebagai hadiah untuk keluarga. Tiket murah atau mahal, saya tetap akan cari duit semata-mata nak pastikan kami boleh beraya bersama keluarga di kampung sebab nenek tinggal seorang di sana, jadi bila hari raya pasti akan lebih meriah.





"Tahun ini pun saya simpan duit kerja dan hadiahkan tiket penerbangan supaya keluarga dapat balik raya, memang setiap tahun saya hadiahkan tiket," demikian kata penyanyi Wani Kayrie yang memberitahu dia dan keluarga reda apabila tidak dapat meraikan sambutan Aidilfitiri di Sabah pada tahun ini.

Akur dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Wani atau nama sebenar Syazwani Abdullah, 20, berkata saban tahun dia merupakan individu yang paling teruja untuk pulang beraya di kampung halaman ibunya itu termasuklah membuat persediaan awal membeli tiket penerbangan.

Sementara itu, penyanyi lagu 'Magika' ini berkata dia kerugian hampir RM4,000 kos tiket penerbangan memandangkan mereka terpaksa membatalkan hasrat pulang ke kampung: "Tahun ni tak boleh nak balik raya di kampung, jadi burn sajalah tiket penerbangan tu, nak refund pun tak boleh dan dimaklumkan tiket hanya boleh digunakan untuk lokasi sama dalam masa setahun.

Klik untuk gambar besar


"Kos tiket penerbangan hampir RM4,000 untuk sekeluarga... perjalanan pergi dan balik, memang harga tiket begitu setiap tahun! Kalau kami teruskan perjalanan ada beberapa prosedur yang perlu dipatuhi antaranya kuarantin diri selama dua minggu di sana dan sebagainya. Jadi kita ambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung. Harap-harap boleh refund tiket itu untuk raya tahun depan," ujarnya.

Bercakap mengenai sambutan hari raya tahun ini, Wani berkata dia dan keluarga akan meraikan Syawal di kediaman mereka di Petaling Jaya, Selangor: "Tahun ini raya di Selangor bersama keluarga sahaja, tak boleh nak beraya jauh-jauh atau jumpa orang lain.

"Saudara mara pun tinggal jauh-jauh... jadi cukup kami beraya sekeluarga sahaja! Saya percaya setiap benda yang berlaku ada hikmahnya dan semoga wabak Covid-19 ini akan berakhir segera," tuturnya.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Wani Kayrie


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: