07 May 2020

NENEK NABILA HUDA DIJEMPUT ILAHI: "ABIL PALING TAKUT DENGAN KEHILANGAN"


Pelakon Nabila menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi berita sedih dimana dia telah kehilangan nenek tercintanya, Indon Ramli yang menghembuskan nafas terakhirnya semalam. Menurut Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil, saat ini dia menghadapi situasi yang sukar selepas kehilangan orang tersayang.





"Hari ini Abil nak luah perasaan dengan korang. Dalam hidup kita mesti ada perkara yang paling kita takut.. Macam Abil, Abil paling takut dengan kehilangan. Abil tak pernah melalui kehilangan dalam hidup.. Tidak pernah saya membayangkan hidup tanpa seseorang yang saya sayangi.

"Saya selalu takut kehilangan seseorang dalam hidup saya. Sebab Abil takut Abil tak boleh nak lalui atau Abil taktau macamana nak melalui. Abil takut nak lalui perasaan tu. Abil selalu fikir kuat ke Abil untuk menghadapi situasi tu," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, pelakon filem 'M4M4' menyatakan arwah nenek adalah individu yang membesarkannya sejak kecil: "Tapi hari ini 6 Mei 2020, Abil kehilangan nenek Abil..Dia pergi jam 7 tadi. Dia lah nenek yang jaga dan membesarkan Abil dari kecik. Nenek dah takda. Perkara yang paling Abil takut dalam hidup terjadi pada hari ini. Seriously, I'm lost.

"Dada rasa sakit macam perasaan tak lepas. Abil tengah cuba untuk memahami keadaan ini. Kepada siapa yang kenal nenek, halalkan makan minum dia ya..Mintak korang semua sedekah kan al-fatihah pada arwah nenek saya, Indon Ramli," tulisnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut berdukacita atas kehilangan nenek Abil. Takziah diucapkan kepada Abil sekeluarga atas kehilangan nenek tersayang. Al-Fatihah.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Astro Gempak & Instagram Nabila Huda


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: