07 May 2020

HIDAP KANSER PARU-PARU - BAHA VAGRANT BERTARUNG NYAWA


Dugaan Allah SWT kadangkala tiada siapa menduga!

Demikianlah yang dihadapi oleh penyanyi kumpulan rock era 1990-an, Vagrant iaitu Baha, 58, yang kini bertarung nyawa apabila disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Untuk makluman, Baha atau nama sebenarnya Baharuddin Amin Abu Bakar telah beberapa kali dimasukkan ke hospital sejak 12 April lalu. Dia kini hanya berehat di rumahnya di Port Dickson, Negeri Sembilan kerana lemah akibat penyakit itu.





"Satu hari dia mengadu sukar bernafas dan dibawa ke Hospital Port Dickson. Doktor kemudian melakukan ujian 'CT Scan' dan mendapati ada ketumbuhan sepanjang 3.6 sentimeter di paru-parunya.

"Dia kemudian dimasukkan ke hospital pada 14 April lalu dan doktor mengesahkan kansernya sudah merebak. Dia juga sukar bernafas dan perlu menggunakan mesin bantuan pernafasan. Ayah juga tidak boleh makan seperti biasa dan kini hanya boleh minum susu menggunakan tiub sahaja," kata anak sulungnya, Danil Faizal Baharuddin Amin, 33, yang memgakui bapanya mengalami batuk berterusan sejak tiga bulan lalu dan pada awalnya disyaki menghidap tibi.

"Dia dibenarkan keluar hospital Isnin lalu dan diberi ubat penahan sakit," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Kumpulan Vagrant dianggotai Baha (penyanyi), Kiya (gitar), Nawen (bass) dan Den (dram). Album pertama mereka berjudul Vagrant dipasarkan pada 1990 dan mereka popular dengan lagu Kerana Takdir. Mereka kemudian muncul pula dengan dua lagi album iaitu Pelangi Sutera pada 1993 dan Tradisi (1996).

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: