06 May 2020

'TERPISAH' DEK PKP, NORA LEPAS RINDU JUMPA IBU: "WALAUPUN JAUH 3KM SAHAJA"


Selepas lebih sebulan lamanya terpisah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon Nora Danish menerusi laman Instagram miliknya telah meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan ibunya. Menurut Nora, biarpun selama ini jarak antara kediaman ibu dan rumahnya hanyalah 3 kilometer (KM) sahaja, dia hanya kekal berada di rumah.





"Alhamdulillah, berbuka, Isyak dan tarawih bersama. Dapat lepas rindu jumpa mama dengan izin suami. Semua adik-beradik perempuan saya tinggal dengan mama, jadi selama PKP saya seorang sahaja yang tak dapat jumpa mama dan adik-beradik saya, walaupun rumah kami jauh 3KM sahaja," katanya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram malam tadi.

Katanya lagi, dalam keadaan sekarang, pematuhan kepada PKP itu penting agar keselamatan insan tersayang terjamin: "Patuhi PKP itu penting selain memutuskan rantaian penularan Covid-19, kita juga harus sayang orang yang tersayang agar mereka tidak dijangkiti secara langsung atau tidak langsung. Alhamdulillah dapat jumpa hari ini. Saya semua, Stay safe semua. Jangan lupa langkah-langkah keselamatan yang harus dijaga," katanya.

Terdahulu, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei. Menerusi pelaksanaan PKPB, beberapa sektor ekonomi mula dibenarkan termasuklah kelonggaran dalam pergerakan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Nora Danish


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: