06 May 2020

BETTY BANAFE KONGSI RESEPI, EDAR BUBUR LAMBUK ISTIMEWA PERCUMA


Pelakon Betty Banafe baru-baru ini telah mengambil inisiatif memasak bubur lambuk yang diberi nama Bubur Lambuk Banafee. Prihatin dengan permintaan masyarakat, menurut Betty yang juga pemilik rangkaian Restoran Banafee itu, dia memasak bubur lambuk tersebut dengan menggunakan resipi istimewanya.





"Tidak susah memasak bubur lambuk kerana paling penting tidak kedekut bahan-bahan untuk menjadikannya lebih enak, selain memasaknya dengan kasih sayang," kata Betty atau nama penuhnya Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe.

Berkongsi resipi dan cara memasak bubur berkenaan, pelakon drama popular Spa Q itu berkata, untuk menjadikan bubur lambuk enak, ia perlu menggunakan beras siam dan bahan masakan yang segar. Betty berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau memasak sebanyak 1,000 pek bubur lambuk untuk diagihkan secara percuma kepada orang ramai.

Terdahulu, bubur lambuk Johor adalah makanan tradisi yang sering dijadikan juadah ketika berbuka puasa. Juadah tersebut biasanya dijual di bazar-bazar Ramadan atau diagihkan secara percuma di masjid serta surau tetapi berbeza pada tahun ini kerana ia sukar diperoleh susulan pandemik koronavirus (COVID-19).


RESEPI BUBUR LAMBUK:-
BAHAN UTAMA

1 cawan beras siam
1 sudu rempah kurma
12 cawan air
1 cawan santan
1 helai daun pandan (simpul)
1 sup bunjut Adabi
1 kiub ayam
1 cawan kacang kuda
1 sudu teh lada hitam (kisar halus)
1 cawan sayur campuran (lobak merah, jagung, kacang pis)
2 genggam pucuk paku merah


BAHAN TUMIS

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 batang serai (diketuk)


BAHAN KISAR HALUS

2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halis


BAHAN SAMPINGAN

Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Telur dadar nipis yang dimayang halus
Serunding daging
Sedikit serbuk lada hitam


CARA MEMASAK

- Kacang kuda direndam semalaman.
- beras dicuci dan ditoskan.
- Satukan bahan kisar halus dengan rempah kurma dan kacau rata sehingga menjadi pes.
- Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan pes rempah dan kacau sehingga pecah minyak. Masukkan beras dan gaul rata.
- Tuang air, masukkan daun pandan, sup bunjut, kiub ayam, kacang kuda, dan isi ayam. Kacau rata dan masak sehingga beras kembang menjadi bubur.
- Masukkan sayur campuran, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
- Masukkan santan (jika suka cair tambah air)
- Masukkan daun pucuk paku merah. Kacau dan rasa. Sedia untuk dihidang.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Sinar Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: