20 May 2020

PKP ERATKAN HUBUNGANNYA DENGAN SOFFWANY - RAJA AFIQ HARAP KE FASA SERIUS


"Kami sudah lama kenal, tapi hubungan semakin rapat sejak di awal PKP dilaksanakan. Ketika itu, banyak cerita berkaitan petugas barisan hadapan yang bertugas tanpa mengira masa demi kesejahteraan negara di media sosial.





"Soffwany antara petugas barisan hadapan yang sering memuat naik hantaran berkaitan pandemik Covid-19. Secara tidak langsung saya terpanggil untuk menghantar mesej peribadi (DM) kepadanya di Instagram agar dia menjaga kesihatan dan berterima kasih kerana bersusah payah menjaga keamanan negara.

"Tidak lama selepas itu, dia membalas mesej saya dan kami mula bertukar nombor telefon dan berkenalan dengan lebih rapat sehingga sekarang," demikianlah kata pelakon Raja Afiq yang mengakui sedang berkawan rapat dengan anggota polis yang pernah tular memiliki suara merdu dan kini menjadi artis rakaman Suria Records iaitu Soffwany Yusoff.

Klik untuk gambar besar


Afiq ketika dihubungi berkata, dia sudah lama mengenali wanita itu di media sosial, namun hubungan mereka mula rapat sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu. Afiq yang terkenal menerusi drama bersiri 'Sayangku Kapten Mukhriz' itu berharap hubungan yang baru berputik itu berjalan lancar dan melangkah ke fasa seterusnya.

"Setakat ini, hubungan kami berjalan dengan baik. Walaupun jadual kerja kami tidak menentu tapi kami cuba saling memahami antara satu sama lain. Perancangan untuk membawa hubungan ini ke fasa serius sudah tentu ada kalau sudah tertulis dia jodoh saya. Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan tentukan. Doakan semoga semuanya berjalan dengan baik," jelasnya.

Terdahulu nama Soffwany pernah beberapa kali menjadi tular di Internet. Antaranya adalah gelagat anggota polis itu mendendangkan lagu raya berjudul 'Pulanglah' mencetuskan 'kegilaan' netizen.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Raja Afiq & Soffwany


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: