19 May 2020

RUMAH KENA TIPU - TAWIL MASIH MENANTI RUMAH PPR


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu!

Demikianlah halnya dengan pelakon veteran, Tawil, 68, yang masih menunggu rumah PPR meskipun menghidap sakit lutut, saraf dan darah rendah.

Meskipun begitu, namun dia tetap bersyukur kerana dapat mengisi Ramadan kali ini dengan melakukan solat Tarawih bersama isterinya, Azah Abdul Kahar, 67.





"Alhamdulillah, setakat ini Ramadan saya dapat disempurnakan tanpa sebarang masalah. Kalau ada pun, sakit-sakit lutut sewaktu naik turun tangga rumah sahaja. Jadi, tahun ini saya dan isteri melakukan solat Tarawih di rumah memandangkan kita tak dapat keluar seperti biasa," ujar Tawil atau nama sebenarnya Abu Bakar Ahmad dipetik sebagai berkata.

Untuk info, dia yang pernah popular menerusi filem Prebet Lapok itu juga mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak dan masyarakat yang sudi membantu memberikan sumbangan barangan keperluan kepadanya.

"Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang menyumbangkan barangan keperluan antaranya, Lembaga Zakat Selangor, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan beberapa yayasan artis lain serta masyarakat sekitar Serendah, Selangor yang sentiasa mengambil berat," katanya yang masih rasa hiba menantikan keputusan permohonannya untuk menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Klik untuk gambar besar


Bukan mengada, tapi ia bagi mengurangkan bebannya yang perlu menjelaskan sewa rumah sebanyak RM500 setiap bulan.

"Saya sudah buat permohonan sejak November tahun lalu dan sehingga kini, masih lagi menantikan keputusan sama ada permohonan saya diluluskan atau tidak. Sekiranya lulus, sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban saya memandangkan sewa rumah sekarang agak tinggi.

"Sebelum ini, saya pernah ada rumah, tapi semuanya lesap selepas saya menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dan sehingga kini terpaksa menyewa.

"Kalau dapat bantuan rumah PPR, saya masih lagi akan membayar sewa tetapi dengan lebih rendah bersesuaian dengan kemampuan saya," tambahnya. - HM

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: