23 May 2020

SEBELUM RAMADAN BERAKHIR - ISTERI AMMAR ALFIAN BERJAYA KHATAM AL-QURAN


Hari ini merupakan Ramadan yang terakhir sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sebelum Ramadan berakhir, isteri pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam telah berkongsi berita gembira dimana dirinya berjaya khatam al-Quran pada bulan Ramadan. Menurut Nelissa, ia merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna memandangkan kali terakhir dirinya menghabiskan bacaan al-Quran ketika usianya masih muda.





"Ya, saya mula membaca al-Quran dari hari pertama Ramadan lagi. Pada mulanya, saya hanya menghabiskan 20 muka surat sehari. 10 muka surat dibaca pada waktu pagi, 10 muka surat lagi dibaca pada sebelah malam. Bagaimanapun, kemudian lama-lama setiap hari jumlahnya meningkat. Akhirnya saya membaca sehingga 40 hingga 50 muka surat sehari," katanya ketika dihubungi Gempak.

Menurut Nelissa lagi, dia berjaya menghabiskan khatam awal pagi tadi: "Alhamdulillah, malam tadi saya khatam pada pukul 2 pagi," ceritanya.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Nelissa turut berkongsi berita mengenai kejayaannya memanfaatkan bulan Ramadan dengan mengkhatam al-Quran menerusi satu posting di Instagram. Sebelum ini, pelakon Nora Danish turut berkongsi pengalaman manisnya apabila berjaya khatam al-Quran di bulan Ramadan.

Nelissa mendirikan rumah tangga dengan aktor Ammar Alfian pada 6 Mac 2016. Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Kyro Shakur. Bagaimanapun, pada Mac lalu, Nelissa dilaporkan sudah memfailkan perceraian pada awal tahun dan ia masih dalam proses.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nelissa Nezam


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: