23 May 2020
ZARINA ANJOULIE SAMAN FITNAH 3 JUTA KE ATAS AMYZA AZNAN
Kemelut antara Zarina Anjoulie dan Amyza Aznan sebelum ini hangat diperkatakan apabila pelakon sensasi itu atau lebih mesra dipanggil Anju menuntut pampasan sebanyak RM3 juta serta permohonan maaf. Nampaknya, Anju telah pun menfailkan saman fitnah RM3 juta terhadap Amyza pada 23 April lalu berhubung isu bantuan khusus bagi golongan artis susulan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Anju menfailkan saman tersebut menerusi Tetuan Nurul Hafidzah & Associates dengan menamakan Amyza sebagai defendan tunggal. Difahamkan, kes itu disebut secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Shuhada Ramli semalam dan menetapkan 28 Mei ini untuk pengurusan kes.
Melalui carian dalam e-filing, Zarina Anjoulie mendakwa selepas pengumuman kerajaan berhubung BPN kepada golongan B40 dan M40 berpendapatan bulanan RM8,000 ke bawah, sebahagian artis menyuarakan pendapat mereka kerajaan perlu memberikan ‘bantuan khusus’ buat penggiat seni negara.
Zarina kemudian mendakwa dia telah memuat naik video di laman sosial Instagram pada 28 Mac lalu menyatakan bahawa 'bantuan khusus' itu tidak perlu dan golongan artis yang layak boleh memohon BPN seperti rakyat lain.
Klik untuk gambar besar
Zarina menyuarakan pendapat bahawa golongan artis berpendapatan besar seharusnya mempunyai wang simpanan mencukupi untuk menyara diri mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dakwanya lagi, pada 29 Mac lalu satu kumpulan dikenali sebagai 'BANTUAN COVID-SENI 2020' telah ditubuhkan menggunakan aplikasi Telegram yang membincangkan mengenai bantuan COVID-19 kepada artis.
Zarina mendakwa melalui kumpulan itu Amyza mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya menyebabkan ramai ahli kumpulan berkenaan turut dipengaruhi oleh fitnah itu. Akibat kenyataan fitnah itu, Zarina mendakwa dia mengalami kemurungan kerana dimalukan, sedih, sakit hati dan reputasinya turut tercalar.
Zarina memutuskan untuk menuntut ganti rugi am atas kehilangan reputasi berjumlah RM3 juta, ganti rugi teladan, faedah dan permohonan maaf. Malah, Amyza juga dihalang daripada mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan memfitnah, memalukan atau menjatuhkan reputasi plaintif pada masa akan datang.
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Berita Harian, Instagram Zarina Anjoulie & Amyza Aznan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment